Thursday, 9 October 2014

Tugasan Cuti Sekolah

Tugasan Cuti Sekolah

Objektif:  Mengasah empat kemahiran bahasa Melayu melalui tugasan-tugasan kreatif.

        Kamu perlu melakukan dua tugasan yang melibatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta kemahiran ICT dan berfikir.  Untuk menyelesaikan tugasan-tugasan tersebut, kamu perlu bijak menguruskan masa dan membuat kajian atau pembacaan ekstensif secara kendiri.

Aktiviti Satu

Arahan:    Kamu dikehendaki membuat penyampaian lisan yang panjangnya tidak lebih daripada 2 minit berdasarkan topik yang diberikan dengan menggunakan video dalam talian yang akan kamu tonton sebagai rangsangan.

1. Tonton video rangsangan yang berikut.

                                  

2. Mengikut Indeks Baik Budi terkini oleh Pergerakan Baik Budi Singapura, warga Singapura didapati kurang berbudi.  Buat penyampaian video tentang topik berikut.

Topik penyampaian:

Bincangkan cara-cara untuk menggalak sikap berbudi dalam kalangan warga Singapura.

3. Soalan-soalan rangsangan (sebagai bantuan sahaja)

·      Setujukah kamu bahawa warga Singapura kurang berbudi?  Mengapakah kamu berpendapat sedemikian?
·      Apakah contoh-contoh perbuatan baik budi yang boleh seseorang lakukan?
           atau pernahkah kamu melihat/ mengalami satu perbuatan baik budi yang
           ditunjukkan oleh seseorang?
·      Mengapakah warga Singapura perlu mengamalkan sikap berbudi?
·      Bagaimanakah warga Singapura boleh digalakkan untuk mengamalkan sikap berbudi dalam kehidupan seharian?

Penilaian:  (Berdasarkan 20 markah) - Rujuk rubrik pada lampiran bercetak


4. Kamu perlu memuatnaikkan video penyampaian kamu di blog subjek selewat-lewatnya pada
9.00 pagi hari Isnin, 5hb Januari 2015. 

Perhatian:

Penyampaian kamu harus menampilkan wajah kamu sekurang-kurangnya dari kepala hingga ke paras pinggang.  Pastikan rakaman kamu jelas dari segi audio dan visual.

Masa yang disarankan bagi aktiviti ini adalah antara 1 jam hingga 1 jam 30 minit sahaja.


Aktiviti Dua

Arahan:    Kamu dikehendaki menghasilkan sebuah video atau animasi ringkas yang kreatif  tentang salah satu tajuk yang berikut. Video atau animasi tersebut tidak harus melebihi 2 minit.

Tajuk-tajuk video atau animasi:

a.      Meniti usia senja.
b.      Pengaruh rakan sebaya.
c.       Aktiviti kegemaran remaja masa kini.
d.      Apakah yang akan berlaku jika .......? (lengkapkan soalan tersebut)

1. Kamu boleh menonton video-video contoh daripada pautan-pautan berikut untuk mendapat idea sebelum merakam video atau animasi kamu:


2. Soalan-soalan rangsangan (sebagai bantuan sahaja)

·      Nyatakan satu mesej utama yang ingin kamu sampaikan melalui video atau animasi ringkas kamu itu.
·     Bagaimanakah mesej tersebut boleh disampaikan?  (Kamu boleh melakarkan papan cerita semasa kamu membuat perancangan).
·      Adakah cerita kamu jelas dan mudah difahami?
·      Adakah penggunaan teks, gambar, rakaman video atau muzik latar berkesan? 

Penilaian:  (Berdasarkan 30 markah) - Rujuk rubrik pada lampiran bercetak


4. Kamu perlu memuatnaikkan video penyampaian kamu di blog subjek selewat-lewatnya pada 9.00 pagi hari Jumaat, 9hb Januari 2015. 


Perhatian:

Video atau animasi yang dihasilkan (iaitu rakaman, rekaan animasi dan penyuntingan) haruslah merupakan hasil kerja individul, tetapi, kamu boleh meminta rakan atau ahli keluarga untuk menyumbang bakat lakonan jika perlu. Pastikan rakaman-rakaman kamu jelas dari segi audio dan visual.

Masa yang disarankan bagi aktiviti ini adalah antara 2 jam 30 minit hingga 3 jam sahaja.

Pertanyaan:

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Cikgu Arfah melalui e-mel di alamat yang berikut: arfah_buang@sst.edu.sg

Peringatan:

Sebarang rayuan atau permintaan untuk melanjutkan tarikh penghantaran TIDAK akan diterima.





Semoga Maju Jaya!