Tuesday, 15 April 2014

Latihan Peribahasa

Tulis sebuah perenggan dengan menggunakan sekurang-kurangnya lima peribahasa yang kamu pelajari.  Taipkan di ruang komen.

17 comments:

  1. Ibu Adam menjaganya dengan sempurna seperti ditatang minyak yang penuh. Tetapi, Adam selalu bernakal. Ibu Adam harap yang Adam akan tolongnya jika dia dalam kesusahan, tetapi kebaikannya seperti hujan jatuh ke pasir. Apabila ibu Adam mati, Adam terpaksa menjaga diri. Adam malas, dan dia tidak berkerja. "Jika kamu malu berkayuh, perahu akan hanyut!" kata kawannya. Malah, dia masih tidak berusaha. Dia mula tiada duit untuk kehidupan apabila dia ternampak kertas aplikasi bagi kerja. "5,000 setiap bulan! Kerja untuk kamilah!" Ada gula, adalah semut. Pasti dia hendak kerja. Pada mula-mulanya, kerja itu susah. Malah, alah bisa tegal biasa. Selepas 1 tahun, Adam tidak rasa kesukarannya.

    ~SELESAI~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada keseluruhannya, penggunaan peribahasa relevan dengan jalan cerita. Satu usaha yang memuaskan.

      Delete
  2. Ali seorang lokek yang tidak hendak membelanjakan barangnya. Dia mengambil barang-barangnya seperti ditatang bagai minyak yang penuh. Dengan kawannya, dia seperti hujan jatuh ke pasir, tidak hendak memberi bekalannya. Apabila dia rosakkan atau mempatahkan barangnya, dia takut kerana, berani kerana benar, takut kerana bersalah. Dia tidak tahu kesalahannya. Dia macam belakang parang pun jikalau
    diasah nescaya tajam. Dengan situasi Ali, bagaimana acuan begitulah kuihnya, tidak benar.

    ReplyDelete
  3. "Di Singapura, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung." Ali berkata kepada Adi. Adi orang Malaysia yang telah berterbang ke Singapura untuk mencari kerja kerana Singapura ada gula ada semut. Dia orang tidak punya tetapi Ali belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam. Pada waktu kecil, Adi diam-diam ubi berisi dan kawan yang berpunya diam-diam besi berkarat. Mereka selalu mengejeknya. Sekarang, Adi alah bisa tegal biasa dan orang kaya sekali.

    ~SELESAI~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada umumnya, satu usaha yang agak memuaskan dari segi konteks atau latar cerita.

      Delete
  4. "Aduh!" Danish teriak. Dia terjatuh dalam longkang dan kakinya terseliuh. Aku menolongnya untuk berdiri dan menolongnya pulang. Bagai hujan jatuh ke pasir, dia tidak balas perbantuanku. Lama-lama, aku terlupa tentangnya. Bapaku hendak pergi ke negeri lain untuk bekerja, seperti bak pepatah, ada gula adalah semut. Aku mula menyesuaikan diri kepada adat Sepanyol, tetapi aku kaki bangku. Alah bisa, tegal biasa, aku berasa sangat bangga kerana aku dapat bermain bola sepak, tetapi tidak bagus seperti kawan-kawan baruku. Bagaimana kuih begitulah acuannya, aku menjadi lebih pandai kerana aku bergaul dengan budak cemerlang. Aku ditatang seperti minyak yang penuh oleh ibuku, selepas ayahku meninggal dunia, takut untuk menghilangkan lagu satu orang yang dia sayangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peribahasa keempat agak kurang sesuai dari segi penggunaan atau kaitannya dengan jalan cerita, sebab maksud peribahasa itu ialah seseorang anak akan mengikut perilaku atau kelakuan ibu bapanya - bukan tentang kawan.

      Delete
  5. Seperti ada gula ada semut, semua murid-murid sst, tergesa-gesa kepada makan di meja. Saya menolong untuk menyediakan makanan, tetapi ialah seperti hujan jatuh ke pasir. Tapi, ada seorang perumpuan yang sangat lemah. Saya membantunya. Dia ditatang bagai minyak yang penuh oleh saya. Dia seperti diam-diam ubi. Orang ketawa kepada saya, tetapi saya bertindak kerana berada di pihak yang benar atau untuk meneggakan kebenaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peribahasa pertama agak kurang sesuai sebab ia bukan tentang mengerumuni makanan :) Peribahasa 2 & 3 baik dari segi penggunaannya; namun, peribahasa 4 & 5 perlu diperjelas konteksnya. Terima kasih atas percubaan ini.

      Delete
  6. Pada suatu hari, seorang peniaga yang bernama Ramahguyst. Sebab dia ke shiguryt kerana dia tahu di sana ada banyak tempat kerja. Orang kata "ada gula, adalah semut". Begitulah dengannya.
    Pada mulanya, semua orang situ padang rendah kepadanya. Walaupun dia telah menolong mereka dengan banyak benda, mereka masih tidak sukanya. Ia seperti "bagai hujan jatuh ke pasir". Tetapi dia masih berusaha. "Malu berkayuh perahu hanyut" satu akan berkata. Dia masih sedang cuba untuk menyusuaikan diri dengan alam sekitar tempat itu. "Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam" satu akan berkata. Walaupun dia dibenci oleh orang di situ, dia tetap bekerja keras.
    Dia berkata kepada dirinya, "Biar putih tulang, jangan putih mata."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penggunaan peribahasa ketiga hingga kelima perlu diperjelaskan dari konteks, iaitu menunjukkan bagaimana peribahasa yang digunakan itu lebih relevan - bukan sekadar menggunakannya begitu sahaja. Sungguhpun demikian, satu percubaan yang agak memuaskan.

      Delete
  7. Ali seorang yang peramah. Ibunya memberitahu Ali bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ali juga tidak begitu pintar seperti ayahnya. Ali mengingati bahawa belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam. Dia pergi menjadi askar kerana hendak biar putih tulang, jangan putih mata. Oleh kerana gaji askar yang cukup untuk orang miskin, ramai orang di situ seperti peribahasa ada gula adalah semut. Ali berasa bangga selepas menjadi seorang leftenan kerana sikapnya yang tidak malu berkayuh, perahu hanyut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin peribahasa yang ketiga memerlukan konteks atau penjelasan yang lebih lanjut. Namun demikian, satu percubaan yang memuaskan.

      Delete
  8. "Kenapalah banyak sangat pendatang asing...," saya tanya kawan saya, Syukry.

    "Ada gula adalah semut," Syukry jawab. “Mereka rasa di sini ada banyak rezeki. Itulah kenapa mereka datang.”

    Macam ayah dan ibu saya, saya tidak suka pendapat asing. Beberapa kawan saya kata saya bagaimana acuan begitulah kuihnya. Syukry sebagai seorang yang simpati, kata pendatang asing ini sepatutnya ditatang bagai minyak yang penuh.

    "Awak mesti ingat,” dia kata beberapa kali ,”Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam.”

    “Harith, awak berani kerana benar, takut kerana salah,” ketawa Syukry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penggunaan empat peribahasa yang pertama baik. Mungkin yang terakhir perlu penjelasan yang lebih. Satu percubaan baik.

      Delete
  9. Komputer ribaku telah dijaga olehku seperti menatang minyak yang penuh.Walaupun susah digunakan,malu berkayuh, perahu hanyut.Lama-kelamaan, alah bisa tegal biasa.Pernah aku dimarahi bapa kerana dia fikir aku sedang bermain permainan komputer.Berani kerana benar, takut kerana salah.Aku tidak takut walaupun disebat.Aku seperti belakang parang pun jikalau
    diasah nescaya tajam.Aku mendapat ilmu pengetahuan dari komputer ini.Malangnya hari lepas, aku tergelincir dan komputer ribaku itu terjatuh ke lantai, tidak boleh digunakan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan cerita yang agak menarik. Mungkin peribahasa kelima lebih sesuai jika digunakan selepas ayat kedua.

      Delete