Tuesday, 2 September 2014

Peribahasa (Peperiksaan Akhir Tahun)

air pun ada pasang surutnya: keadaan hidup seseorang tidak tetap, adakalanya senang ada kalanya susah

bagai menelan mestika embun: mendengar nasihat yang baik

berani kerana benar, takut kerana salah: bertindak kerana berada di pihak yang benar
atau untuk menegakkan kebenaran

burung terbang dipipiskan lada: merancang sesuatu yang belum pasti diperoleh

garam jatuh ke air : seseorang yang sangat cepat menerima dan mudah memahami sesuatu nasihat atau pengajaran yang diberikan kepadanya

ingat sebelum kena, jimat sebelum habis: hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan
terpedaya dan habis harta

kusut di hujung, bawa ke pangkal: apabila perundingan menemui jalan buntu, haruslah segera balik ke punca masalah

ringan tulang berat perut: jika rajin dan tekun berusaha melakukan sesuatu pekerjaan, maka akan murahlah rezeki

seperti anak ayam kehilangan ibu: sekumpulan orang yang tidak tentu arah atau berpecah-pecah akibat kehilangan pemimpin atau tempat tumpuan dan pengharapan

sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan: jika tidak boleh dicapai persetujuan dalam
sesuatu mesyuarat hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya