Bahasa

Kata Sendi Nama

  •          Kata Sendi Nama ialah perkataan yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
  •          Kata Sendi Nama terletak di depan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama dan ia dipisahkan daripada perkataan yang mengikutinya.
  •          Tiap-tiap satu Kata Sendi Nama mempunyai tugas-tugasnya yang berlainan dan ia harus digunakan dengan betul mengikut peraturan-peraturan yang khusus.
  •          Kata Sendi Nama yang lazim digunakan ialah: 
  di, ke, dari, daripada, pada, kepada, bagi/untuk, sejak, terhadap, antara, dalam


Kata Sendi Nama
Contoh Ayat
di
·        digunakan untuk menujukkan tempat
·        tidak boleh digunakan untuk menunjukkan masa, waktu atau zaman
1.      Pertandingan bahas antara sekolah-sekolah akan diadakan di Auditorium Masjid Sultan.
2.   Rumah saya terletak di Lentor Terrace.


ke
·        digunakan untuk menunjukkan:
a)      tempat atau arah yang dituju
b)      masa atau waktu

·        tidak boleh digunakan untuk manusia atau binatang

1.      Saya ke sekolah dengan menaiki bas.
2.      Norman akan bertolak ke kampung pada pukul tujuh pagi.
3.      Kedai makanan itu buka dari pukul lapan pagi hingga ke pukul sembilan malam.
dari
·        digunakan untuk menunjukkan:
a)      tempat atau araha asal sesuatu perkara
b)      tempat bermulanya sesuatu perkara

·        tidak boleh digunakan di hadapan perkataan yang merujuk kepada manusia

1.      Pelajar baru itu berasal dari Brunei.
2.      Hidayat mengulangkaji pelajarannya dari pukul lapan malam hingga pukul sebelas malam.
3.      Pengemis itu akan mula mengemis dari pagi hingga ke petang.
daripada
·        digunakan untuk menunjukkan:
a)      tempat datangnya sesuatu atau punca bagi manusia atau benda
b)      maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda
c)      perbezaan atau perbandingan

1.      Azlan lebih tinggi daripada abangnya.
2.      Sofian menghadiahkan beg yang diperbuat daripada kulit itu kepada Ros.
3.      Kami dinasihati supaya menjauhkan diri kami daripada budak-budak nakal itu.
pada
·        digunakan untuk menunjukkan:
a)      tempat bagi perbuatan sesuatu
b)      keterangan waktu
c)      konsep

·        apabila ‘ada’ mendahului perkataan ‘pada’, maka ia merujuk kepada manusia.
·        tidak boleh digunakan untuk menunjukkan maksud arah

1.      Bala mengikat anjingnya itu pada tiang lampu.
2.      Kami akan bermain bola pada waktu petang nanti.
3.      Saya akan menghantarkan buku saya pada waktu petang.
kepada
·        digunakan untuk menunjukkan:
a)      arah atau tempat orang atau haiwan yang ditujui
b)      institusi yang ada perkaitannya dengan manusia
c)      pecahan

·        todak boleh digunakan untuk menunjukkan masa atau waktu

1.      Fara sedang menulis sepucuk surat kepada sahabat penanya dari German itu.
2.      Ratna sedang ayik memberikan makanan kepada orang utan tersebut.
3.      Notis untuk memecahkan dinding rumah telah diberikan kepada ketua blok tersebut.
bagi/untuk
·        digunakan untuk menunjukkan:
a)      tujuan sesuatu itu dilakukan
b)      maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan

·        semasa menunjukkan maksud bahagian yang ditentukan, ‘untuk’ tidak boleh bertukar ganti dengan ‘bagi’

1.      Redwan telah menghadiahkan sebentuk cincin berlian untuk kekasihnya.
2.      Kursus komputer asas itu diadakan untuk murid-murid menengah tiga.
3.      Belanjawan bagi tahun ini akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan.

sejak/semenjak
·        digunakan untuk menunjukkan waktu atau masa

1.      Hujan telah turun sejak pukul lima petang tadi.
2.      Alina tidak pernah bersapa dengan Nadhirah semenjak peristiwa itu.
3.      Sejak kebelakangan ini Jane kelihatan muram sahaja.

terhadap
·        biasanya digunkan untuk merujuk kepada unsur yang melibatkan penyambut yang tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda

·        tidak seharusnya digunakan untuk merujuk kepada unsur yang bermaksud umum atau mujarad

1.      Kita perlu peka terhadap kejadian masa kini agar kita tidak digelar ‘katak di bawah tempurung’.
2.      Kasih sayang guru terhadap anak murid tidak dapat dibandingkan.
3. Kajian darah yang dilakukan terhadap murid-murid sekolah dapat mengelakkan implikasi-implikasi yang memudaratkan.
antara
·        digunakan di depan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud sesuatu yang tidak mempunyai ruang atau jarak
·        apabila mengikuti sendi nama ‘di’, ia berfungsi untuk menunjukkan arah atau tempat
1.      Kerjasama di antara dua belah pihak amat diperlukan untuk menyelesaikan projek ini tepat pada waktunya.
2.      Walaupun mereka kembar, tidak banyak perbezaan dapat dilihat di antara mereka.
3.      Yishun terletak di antara Yio Chu Kang dan Sembawang.

dalam
·        digunakan di depan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud sesuatu yang tidak mempunyai ruang atau jarak
·        apabila mengikuti sendi nama ‘di’ atau ‘ke’, ia berfungsi untuk menunjukkan arah atau tempat

1.      Walaupun, Fauzee telah berusaha dengan gigih dalam peperiksaan akhir tahunnya tetapi dia tetap gagal juga.
2.      Baju-baju Hasni disimpan rapi di dalam almarinya.
oleh
·        digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan:
a)      hubungan pembuat dalam ayat pasif
b)      hubungan yang membawa maksud ‘sebab’

1.      Berita itu telah dibacakan oleh Maimon Mokhtar.
2.      Idrul menangis tersedu-sedu kerana dimarahi oleh Cikgu Singh.

akan
·        digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan maksud ‘kepada’ atau ‘terhadap’
·        hanya boleh digunakan untuk kata adjektif yang bersifat emotif

1.      Fatimah sangat marah akan Sarah kerana dia telah membohonginya.
2.      Syakila amat rindu akan Cikgu Siti yang terpaksa meninggalkan sekolah itu.

hingga/sampai
·        digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan:
a)      maksud perihal peringkat
b)      maksud had masa

1.      Saya berjanji akan meneruskan pelajaran saya hingga ke pengajian tertinggi.
2.      Pameran lukisan itu akan diadakan hingga ke hari sabtu hadapan.
dengan
·        digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan:
a)      maksud bersam-sama
b)      maksud cara sesuatu itu dilakukan
c)      maksud menggunakan
d)      keadaan perbandingan yang sama

1.      Yani akan pulang ke kampung dengan ibunya.
2.      Ibu menyiang ikan dengan menggunakan sebilah pisau.
demi
·        digunakan di hadapan kata nama atau frasa kata nama untuk menunjukkan maksud ‘tujuan’
·        perkataan ‘demi’ dan ‘untuk’ tidak boleh digunakan dengan serentak kerana kedua-duanya membawa maksud yang sama iaitu ‘tujuan’

1.      Seorang demi seorang penonton bangun dan bergerak meninggal stadium setelah perlawanan tamat.
2.      Ayah sanggup membeli jam yang mahal itu demi kehendak adik yang keterlaluan itu.

No comments:

Post a Comment