Berfikir

Aktiviti Pertama:

Fikirkan dan kongsi apakah yang kamu anggap penting dalam persahabatan & apakah ciri-ciri sahabat yang kamu cari?

23 comments:

  1. .bertanggungjawab
    .rajin
    .baik
    .tidak orang yang naka;

    ReplyDelete
  2. saya hendak kawan yang tidak nakal kerana jika dia pemurid nakal, cikgu akan fukir saya juga orang nakal jika dia tengok saya bercakap atau bermaian dengan dia. DAN dia boleh buat saya menjadi orang NAKAL ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, Dalton, kawan boleh mempengaruhi kita untuk melakukan berbagai-bagai perkara. Jadi carilah kawan yang berkelakuan baik. Ada peribahasa Melayu yang berbunyi 'orang yang menunggu perigi masakan dahaga'. Maksudnya 'orang yang berdamping atau berkawan dengan orang yang berilmu, dia tidak akan jadi bodoh.' Ini kerana dia boleh belajar daripada kawannya itu. Awak juga boleh menjadi sahabat yang baik dengan belajar daripada satu sama lain. Awak boleh bantu kawan awak dalam subjek yang awak bagus dan kawan awak boleh bantu dalam bahasa Melayu. :)

      Delete
  3. Kelakuan sahabat saya. Dia harus peramah supaya tidak bertengkar dan seorang penolong untuk tolong saya jika saya memerlukannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adam, mungkin benar bahawa orang yang peramah jarang bertengkar; namun, ini tidak bermaksud dia perlu bersetuju dengan rakannya setiap masa. Dalam persahabatan juga perlu ada tolak ansur supaya perselisihan faham dapat dikurangkan. Selain itu, kita harus kelakuan kita terhadap rakan haruslah seperti apa yang kita harapkan daripada mereka iaitu jika kita mahukan kawan yang suka menolong, kita juga perlu membantu rakan kita sebanyak mungkin.

      Delete
  4. Ciri-cirinya ialah mereka harus berbuat baik dan dipercayai. Dia juga harus boleh lebih bagus dalam pelajaran yang saya lemah atau sama kerana kita berdua boleh bekerjasama dan belajar tentang subjek itu supaya kita boleh dapat keputusan yang cemerlang di ujian sekolah. Saya memilih ciri-ciri ini kerana sebagi rakan, kita harus berbuat baik, jujur, bertanggungjawab dan selalu tolong-menolong. Jika kita memilih rakan kita yang nakal, tidak dipercayai dan tidak ada adab, kita pun boleh menjadi macam mereka kerana kita terlalu dekat dengan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas, Abraar. Pandangan kamu bernas dan jelas. Saya pasti kamu akan melakukan seperti mana yang kamu terangkan di sini.

      Delete
  5. Komunikasi sangat penting dalam persahabatan kerana tanpa komunikasi kita tidak boleh pun berkawan. Ciri-ciri yang saya carikan adalah orang yang jujur, kerana kalau dia buat perkara yang salah, dia boleh memberitahu saya supaya saya boleh tolongnya untuk bertukar untuk jadi seseorang yang baik, dan seorang yang suka bertolong supaya kerja rumah boleh dilakukan dengan senang apabila kami belajar bersama-sama, dan ciri-ciri lain yang positif, tetapi saya rela dengan ciri-ciri yang mereka ada kerana saya tahu ia susah untuk tukar ciri-cirinya. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Danish, saya setuju bahawa kejujuran sangat penting kerana banyak perkara buruk (berbohong, menipu, berpura-pura dan sebagainya) berlaku kerana seseorang itu tidak jujur. Saya berbesar hati mendapati bahawa awak akan menerima seseorang rakan seadanya dan awak juga mahu membantu rakan pulang ke pangkal jalan sekiranya dia tersasar. Semoga awak mendapat kawan yang akan kekal menjadi sahabat sepanjang hayat nanti.

      Delete
  6. Baik budi adalah penting bagi saya dalam persabahatan kerana kawan-kawan harus bersopan dengan satu sama lain. Ciri-ciri sahabat yang saya cari adalah orang yang bijak dan baik hati kerana jika dia bijak dia boleh tolong saya dalam pelajaran dan jika dia baik hati saya boleh jadi kawan dia dengan senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Azfar, kita sering mengharapkan yang terbaik daripada orang lain. Cikgu rasa kita juga perlu memberikan yang terbaik kepada rakan atau orang-orang di sekililing kita. Justeru, kita boleh mencari ciri-ciri yang ideal dalam rakan-rakan tetapi pada masa yang sama, kita harus memastikan perwatakan kita disenangi rakan-rakan kita juga. Apakah pandangan awak?

      Delete
  7. Pada saya, taat adalah penting dalam persahabatan kerana jika tiada keataatan dalam persahabatan, sahabat itu boleh mengkhianati sahabat lainnya dan ini boleh merosakkan persahabatan mereka.

    Pada saya, ciri- ciri sahabat yang saya cari adalah taat, jujur dan ikhlas.
    Ini kerana saya hendak seorang sahabat yang anggap saya seperti saya dan bukan untuk apa yang saya ada. Saya juga hendak seorang sahabat yang tidak akan mengkhanati saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adli Haziq, sejauh manakah ketaatan seorang kawan itu perlu dikekalkan? Sekiranya kita tahu perbuatan rakan kita salah, patutkah kita terus tetap 'taat' dengannya dan tidak menegur atau melaporkan perbuatannya yang salah itu? Apakah pandangan awak tentang perkara ini?

      Delete
  8. Saya anggap bahawa kita harus boleh berjumpanya bebarapa kali kerana kalau menjumpanya contoh,satu kali seminggu, kita tidak boleh menjadi sahabat yang terlalu rapat tetapi kita boleh menjadi rakan sahaja. Saya selalu cuba cari kawan yang ada sifat-sifat baik sepert penjujuran kerana kalau say ada seorang kawan yang tidak jujur, saya tidak boleh percaya apa-apa yang dia kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harith, ada benarnya bahawa rakan yang kerap meluangkan masa bersama-sama boleh menjadi sahabat yang karib. Sungguhpun demikian, masa yang dihabiskan bersama itu haruslah berkualiti. Selain itu, sifat saling memahami itu juga penting supaya persahabatan yang terjalin itu berkekalan.

      Delete
  9. ░░░░░░░░░░░░▄▄░░░░░░░░░
    ░░░░░░░░░░░█░░█░░░░░░░░
    ░░░░░░░░░░░█░░█░░░░░░░░
    ░░░░░░░░░░█░░░█░░░░░░░░
    ░░░░░░░░░█░░░░█░░░░░░░░
    ███████▄▄█░░░░░██████▄░░
    ▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█░
    ▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█░
    ▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█░
    ▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█░
    ▓▓▓▓▓▓█░░░░░░░░░░░░░░█░
    ▓▓▓▓▓▓█████░░░░░░░░░█░░
    ██████▀░░░░▀▀██████▀░░░░

    ReplyDelete
  10. Saya anggap apa yang penting dalam persahabatan adalah orang yang terdapat ciri-ciri yang baik seperti penyayang dan jujur kerana ia berhormat kepada ibubapanya rakan-rakannya dan sekeliling dia. Sahabat itu mesti menghormati sesiapa dan mesti bersikap bertanggungjawab kepada semua orang dan sekeliling untuk kebaikan orang lain dan juga diri. Sahabat-sahabat yang nakal mesti memperbaiki sikapnya untuk semua orang dan benda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhammad, saya pasti kita inginkan rakan-rakan yang baik budi kerana perbuatan mereka sedikit sebanyak akan mencerminkan peribadi kita juga. Jika kita bergaul dengan kumpulan yang berkelakuan buruk, kita mungkin terbabit sama dengan perkara-perkara yang mereka lakukan.

      Delete
  11. Saya rasa kerjasama penting kerana kalau antara satu sama lain tiada kerjasama, terdapat banyak pergaduhan yang akan terjadi. Saya juga rasa dua dua juga harus terima sesiapa dahulu sebelum menjadi kawan. Mereka harus terima orang itu akan menyebelahi mereka, dan menolong dan sebagainya. Saya tidak mahu sahabat saya merokok atau juga yang nakal. Saya mahu sahabat yang saya boleh percaya dan minta tolong dari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afiq,

      Benar, kerjasama merupakan satu perkara yang penting dalam hubungan atau persahabatan. Selain itu, kita perlu tahu kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta rakan agar kita boleh memanfaatkan kekuatan masing-masing. Pada masa yang sama, kita perlu bantu satu sama lain untuk memperbaiki diri dan mengatasi kelemahan yang ada.

      Delete
  12. Saya anggap perwatakan jujur penting kerana seseorang itu tidak seharusnya membohong.Saya ingin mencari ciri-ciri Ketulusan, Kerendahan Hati, Kesetiaan, Bersifat positif, Keceriaan, Bertanggung jawab, Percaya Diri, Kebesaran Jiwa dan Empati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alfaatih, saya ingin pandangan awak tentang apakah yang dimaksudkan dengan ketulusan, kerendahan hati, kebesaran jiwa dan empati? Bolehkah awak jelaskan dengan memberi contoh-contoh yang sesuai? :)

      Delete