Membaca



Ujian Kemahiran Membaca

Sila rujuk nota yang dipautkan di sini.















Pembetulan Latihan 2:

1.  Nyatakan sifat Yani seperti yang digambarkan oleh penulis.

Seperti yang digambarkan oleh penulis, Yani merupakan seorang pelajar perempuan yang ramah, mudah mesra, senang berkawan dan mudah tersenyum.

2. Apakah yang menyebabkan Dahlia berfikir bahawa Yani sudah berubah?

Kelakuan Yani seperti jarang bersama Dahlia untuk makan sewaktu rehat atau berbincang tentang kerja sekolah telah menyebabkan Dahlia berfikir bahawa dia sudah berubah.

3. Bagaimanakah reaksi Dahlia sewaktu mendapat khabar mengenai kemalangan itu?

Sewaktu mendapat khabar mengenai kemalangan itu, Dahlia rasa bersalah kerana telah buruk sangka terhadap Yani.

4. Nyatakan pengajaran yang kamu peroleh daripada cerita ini.

Saya pelajari bahawa hubungan persahabatan itu murni dan harus dijaga dengan sebaik mungkin.

5. Pada siapakah kamu rasa simpati, Dahlia atau Yani?  Jelaskan pandangan kamu.

Saya berasa simpati terhadap Yani (sebutkan orangnya).  Ini kerana kawan baiknya, Dahlia, telah salah sangka terhadapnya sedangkan dia sebenarnya masih prihatin akan Dahlia.  Tambahan lagi, Yani kemalangan ketika mahu membeli kek hari lahir Dahlia.

Kosa kata:
1. berkenalan - bergaul atau berhubungan sebagai sahabat
2. terpisah - terasing, tidak bersatu atau bersama
3. menarik perhatian - bertukar-tukar pendapat antara satu dengan yang lain mengenai sesuatu perkara
4. kelainan - sesuatu yang tidak menurut kebiasaan atau berbeza daripada sesuatu keadaan yang lazim


No comments:

Post a Comment